✍🏻 APA ITU PLICKERS?



Hai guys, pada hari ini saya telah memperoleh ilmu baru mengenai aplikasi Plickers. Dr. Zam telah menunjukkan satu video di Youtube tentang cara menggunakan Plickers. Saya sangat seronok dan tidak sabar untuk menggunakannya kerana setelah menonton video tersebut ianya tersangatlah mudah dan senang untuk digunakan. Mesti korang tertanya-tanyakan apa itu Plickers πŸ’­

PLICKERS merupakan aplikasi yang mudah dan senang digunakan. Guru yang mempunyai akses internet boleh membina soalan dan memaparkannya kepada murid. Murid akan menunjukkan jawapan mereka menggunakan kad plickers Setiap kad adalah unik untuk setiap murid akan diimbas menggunakan telefon pintar.

Logo Plickers

Kad Plickers

πŸ’¨CARA MENGGUNAKAN APLIKASI ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. Aplikasi plickers perlu di download dari apps store.

2. Buka laman web Plickers dari laptop atau PC dan sign up.

3. Daftar kelas dan tetapkan nama pelajar bagi setiap nombor kad plickers.

2. Download dan cetak kad plickers.


πŸ’¨KELEBIHAN PLICKERS

1. Mudah untuk di set-up.

2. Hanya memerlukan peranti dan paparan skrin dari guru sahaja.

3. Hanya memerlukan Smartphone guru untuk scan jawapan murid.

4. Tidak memerlukan internet dan boleh dibuat dalam kelas biasa.

5. Kad Plickers murid boleh diulang guna untuk beberapa kelas lain dengan hanya perlu mengubah senarai nama murid sahaja.


πŸ’¨KEKURANGAN PLICKERS

1. Mengambil masa untuk scan jawapan murid.

2. Sesetengah murid akan menjadi bosan kerana ada waktu senggang antara soalan dan masa scan.

3. Memerlukan kos untuk print kad plickers.


Setelah selesai mendengar penerangan mengenai Plickers, Dr. Zam telah menyuruh setiap kumpulan untuk membina soalan menggunakan aplikasi Plickers dan pada minggu hadapan perlu diaplikasikan dalam kelas seterusnya. Kumpulan kami telah memilih soalan Matematik untuk menguji minda rakan-rakan sekelas. Hahaha saje jer nak test otak kawan-kawanπŸ˜‚ Stay tuned guysπŸ˜†





Comments

Popular posts from this blog

✍🏻 PENGALAMAN SEKOLAH

✍🏻 TAKSONOMI BLOOM

✍🏻 PERJUMPAAN TERAKHIR