✍π» TAKSONOMI BLOOM
Hai guysπpada kali ini saya akan kongsikan mengenai apa itu Taksonomi Bloom atau Bloom's Taxonomy.
TAKSONOMI ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan yang berkaitan dengan objektif pembelajaran dan ianya mempunyai tiga domain dalam pendidikan iaitu:
⤷Domain kognitif ⤁ Melibatkan pemikiran pelajar yang menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian dan cara berfikir.
⤷Domain Afektif ⤁ Melibatkan perkembangan sikap, perasaan, emosi dan nilai pelajar.
⤷Domain Psikomotor ⤁ Melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
TAKSONOMI BLOOM pula menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan yang bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi dan mempunyai enam elemen.
Disini saya sertakan contoh Taksonomi Bloom dalam Objektif Pembelajaran Khusus dalam subjek Pendidikan Islam.
- TAHAP 1: MENGINGATI
Pelajar dapat Menyenaraikan 5 rukun Islam dengan jelas dan tepat.
- TAHAP 2: MEMAHAMI
Pelajar dapat Membandingkan jenis rukun qauli dan fe'li mengenai rukun solat.
- TAHAP 3: MELAKSANAKAN
Pelajar dapat Menunjukan cara-cara bertayamum dengan betul.
- TAHAP 4: ANALISIS
Pelajar dapat Membezakan diantara perkara sunat dengan perkara batal ketika puasa.
- TAHAP 5: MENILAI
Pelajar dapat Merumuskan kepentingan menunaikan ibadah solat dalam kehidupan seharian umat Islam.
- TAHAP 6: MEMBINA
Pelajar dapat Menyelesaikan masalah yang dihadapi berkaitan dengan cara mengambil wuduk.
Comments
Post a Comment