✍π» ADA APA DENGAN HAKCIPTA?
Hai guys, harini saya nak kongsikan apa yang saya pelajari berkaitan dengan hakcipta atau copyright? tak dinafikan mesti sebelum ini kita suka ambil gambar dari pakcik google kanπ ambk video dan lagu dekat youtubeπ dan seangkatan dengannya. Sebenarnya kalau kita ambik tanpa izin boleh dinamakan sebagai mencuri tau, haa kali ini saya akan kongsikan simbol-simbol yang kalian kena tahu tentang copyright nie.
Hakcipta (Copyright)
- Hakcipta Terpelihara.
- Penggunaan semula memerlukan kebenaran daripada pemilik hakcipta.
- Simbol ini bahaya dan boleh dibawa ke mahkamah jika diambil tanpa izin.
Kreativiti Bersama (Creative Commons)
- Beberapa Hak Terpelihara.
- Penggunaan semula dibenarkan tanpa kebenaran tetapi dengan penetapan yang digariskan.
Domain Awam (Public Domain)
- Tiada Hak Terpelihara.
- Boleh digunakan tanpa kebenaran.
Okey guys, itu sahaja perkongsian saya pada hari ini. Semoga bermanfaatπ
Comments
Post a Comment