✍🏻 AKTIVITI BERKUMPULAN

Hai guys, setelah tamat Pengalaman Sekolah selama satu minggu, kelas PQ16004 telah diteruskan dengan penghasilan Rancangan Pengajaran Harian dalam kumpulan.

Pada hari ini kami telah ditugaskan untuk membina satu aktiviti yang berdurasi 60 minit sahaja berdasarkan subjek yang dipilih dan perlu membuat pembentangan pada minggu seterusnya. Kumpulan saya terdiri daripada Nadhirah, Afiqah, Delsie dan Rouzline dan telah memilih subjek Pendidikan Islam yang bertajuk Sirah: Tokoh Sahabat Rasulullah SAW. Antara beberapa elemen yang telah kami tetapkan untuk dimasukkan ke dalam slaid pembentangan adalah seperti set induksi (5 minit), langkah pertama (10 minit), langkah kedua (10 minit), langkah ketiga (10 minit) dan yang terakhir langkah keempat atau penilaian berserta dengan penutup. Kami lebih memfokuskan langkah yang keempat kerana elemen ini merupakan paling utama ditekankan oleh Dr. Zam iaitu aktiviti Penilaian menggunakan teknologi. Kami semua amat teruja untuk melakukan pembentangan pada minggu hadapan😍 Stay Tuned guys😎

Ahli Kumpulan saya yang semua perform😍

Kami memilih menggunakan canva untuk membuat slaid pembentangan



Comments

Popular posts from this blog

✍🏻 PENGALAMAN SEKOLAH

✍🏻 TAKSONOMI BLOOM

✍🏻 PERJUMPAAN TERAKHIR