✍π» KELAS ONLINE LAGI
Hai guys, kelasku pada minggu ini masih lagi secara atas talian dan kuliah pada hari itu adalah penerangan daripada Dr. Zam mengenai hasil tugasan dari setiap kumpulan berkaitan dengan 4 topik iaitu Flipped classroom, project based learning, problem based learning dan inquiry based learning. Dr. Zam telah compile kesemua tugasan setiap kumpulan dalam satu file pdf dan dari situ saya dapat melihat pelbagai maklumat dan slaid yang pelbagai jenis serta menarik berkaitan dengan tugasan. Antara contoh-contoh slaid yang dikongsikan oleh Dr adalah seperti berikut:
Antara keempat-empat topik tersebut ialah saya lebih tertarik kepada Flipped Classroom kerana murid yang tidak dapat hadir ke sekolah juga dapat mengikuti pengajaran guru kerana pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan secara menggunakan perkongsian video dan sebagainya. Sekaligus, dapat menarik minat para pelajar untuk mempelajari sesuatu topik dengan mudah dan membantu peningkatan dan penguasaan murid terhadap teknologi serta mampu menggalakan murid berinteraksi dan berkolaborasi sesama rakan.
Comments
Post a Comment