✍π» PENGALAMAN SEKOLAH
Hai guys, pada kali ini saya akan kongsikan pengalaman saya ketika menjalani pengalaman sekolah selama satu minggu di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya.
Mesti korang tertanya-tanya ada apa dengan pengalaman sekolah? Okey jom saya ceritakan π
Selaku pelajar Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) kami semua dikehendaki mengambil satu subjek wajib iaitu PQ16006 Pengalaman Sekolah (PS), batch kami jer sekarang nie ditukar kepada Pengalaman Sekolah kalau batch sebelum ini dipanggil Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Antara faktor utama saya memilih sekolah tersebut kerana dekat dengan kawasan rumah sewa dan untuk ke sekolah tersebut saya hanya perlu menaiki LRT sahaja.
Pada hari pertama hadir ke sekolah tersebut, saya amat terkejut kerana melihat ramai murid Cina dan India dan beranggapan silap pilih sekolah ke nie? hahaha πhal ini kerana disebabkan saya daripada pengkhususan pendidikan Islam. Namun setelah berjumpa dengan pengetua dan guru-guru lain, barulah saya dan kawan-kawan mendapat maklumat bahawa sekolah itu mempunyai murid berbangsa Melayu namun hanya 10% sahaja dan selebihnya adalah murid berbangsa India dan Cina. Antara tugasan yang perlu dilakukan sewaktu menghadiri ke sekolah tersebut adalah mengikuti dan memerhati apakah rutin harian seorang pendidik. Justeru itu, setiap orang akan mempunyai seorang guru pendamping dan saya telah mendapat seorang ustaz sebagai guru pendamping ketika berada di sekolah. Sewaktu di sekolah saya dan rakan-rakan ditempat di sebuah bilik mesyuarat kerana ruang di bilik guru terlalu sempit. Pada hari pertama, kami semua melawat kawasan sekolah, berkenalan dengan guru-guru sekolah dan mengambil gambar di setiap pelosok sekolah. Antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sepanjang berada di sekolah adalah mengajar murid-murid tingkatan 3 menghafaz al-Quran. Kebanyakan murid disekolah itu tidak dapat membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid disebabkan ibu bapa mengharapkan anak mereka mempelajari 100% al-Quran disekolah sahaja. Dari situ, saya melihat ustaz dan ustazah gigih membantu murid-murid supaya boleh membaca al-Quran dengan betul menggunakan pelbagai inisiatif dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan mereka.
Comments
Post a Comment