✍🏻TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

 Hai guys, bertemu kembali kita dalam pena nfn_😉

Nampaknya sudah lama saya menyepi, jadinya hari ini saya nak kongsikan sesuatu kepada kalian semua mengenai “Teknologi dalam Pendidikan”.

“Education is the most powerful weapon that we can use to change the world.” – Nelson Mandela

Kebanyakan dalam dunia pendidikan pada masa kini amat berkait rapat dengan teknologi kerana penggunaan ICT dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran sekaligus PdP akan lebih menarik dan murid-murid tidak akan cepat bosan. Penggunaan teknologi seperti powerpoint, video dan visual akan membantu proses Pdp berjalan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana murid akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Sebelum itu, mesti semua tertanya-tanyakan apa itu teknologi pendidikan dan kenapa murid memerlukan teknologi ketika belajar dalam kelas? Okey jom saya kongsikan 😎


💭Apa Itu Teknologi Pendidikan?

👉Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan (Crowell, 1971).

💭Kenapa Murid Memerlukan Teknologi Ketika Belajar Dalam Kelas?

⧭ Membantu menghubungkan pelajar dengan dunia sebenar.

⧭ Untuk meningkatkan interaksi dalam kalangan para pelajar dan pengajar melalui kerjasama.

⧭ Teknologi membantu pelajar menjadi lebih bertanggungjawab.

⧭ Pelajar boleh akses maklumat terkini dan up to date dengan lebih cepat dan mudah.

⧭ Pembelajaran akan lebih seronok dan menarik.

⧭ Memupuk semangat pelajar dalam pembelajaran secara kendiri.


"Teknologi tidak akan mengantikan guru tapi guru akan digantikan dengan guru lain yang pakar dalam teknolologi"

Comments

Popular posts from this blog

✍🏻 PENGALAMAN SEKOLAH

✍🏻 TAKSONOMI BLOOM

✍🏻 PERJUMPAAN TERAKHIR