Posts

✍🏻 PERJUMPAAN TERAKHIR

Image
 PERPISAHAN itu ada, agar kita menghargai sebuah PERTEMUAN  ❤πŸ’™πŸ’šπŸ’œπŸ’›πŸ’— Hai guys, hari ini merupakan kelas terakhirku dan kawan-kawan bersama Dr kesayangan kami semua kerana sudah cukup 14 minggu kami berkuliah bersama Dr Zam. Saat berpisah sudah kunjung tiba namun Dr tidak meninggalkan kami dengan tangan kosong namun Dr memberikan kami satu soalan iaitu penilaian alternatif. hahahaha. Dr sangat baik hati kerana memberikan kami satu tempoh yang sangat lama untuk menjawab soalan tersebut. Aku berharap Dr akan bagi markah cemerlang, hehe. Semoga kejayaan milik kita semua. Dikesempatan kali ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr kerana sudi berkongsi ilmu denganku dan kawan-kawan. Semoga Dr sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa dipermudahkan segala urusanπŸ’šπŸ’š Kepada yang nak ambil DPP kat UM jangan lupa daftar subjek PQI6004: APLIKASI PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KURIKULUM DAN REKABENTUK PENGAJARAN under Dr Zamzami Zainuddin tau. 😍😍 Okey laaa, setakat ini sahaja penul

✍🏻 PENGGUNAAN APLIKASI PLICKERS

Image
Hai guys, hari yang dinantikan telah tiba 😎😍 semua rakan-rakan saya sudah tidak sabar untuk menjadi bahan uji kaji menggunakan aplikasi plickers. hahaha πŸ˜† Jom saya kongsikan penggunaan menggunakan aplikasi plickers πŸ’¨ πŸ’£ Buka aplikasi, pilih soalan dan tekan butang kamera. πŸ’£Halakan kepada kad pelajar bahagian demi bahagian, jika warna hijau jawapannya dalah betul, merah salah dan kelabu pelajar tidak menjawab. πŸ’£Soalan di paparkan di hadapan dengan menggunakan laptop untuk paparan pelajar, guru boleh memilih sama ada ingin memaparkan jawapan pelajar atau tidak namun guru akan menerima jawapan secara terus dari handphone. Kelas pada hari itu sungguh meriah dengan gelagat rakan-rakan seperjuangan kerana kesemua soalan sangat menguji minda. haha jom kita tengok jenis-jenis soalan yang dibuat oleh rakan-rakan saya yang lain. hasil menjadi pelajar, dapatlah kumpul kad plickers😁 yang nie soalan menguji minda betul😎 soalan sejarah lagi πŸ˜‚ haa tulahh cara menggunakan kad plickers Pem

✍🏻 APA ITU PLICKERS?

Image
Hai guys, pada hari ini saya telah memperoleh ilmu baru mengenai aplikasi Plickers. Dr. Zam telah menunjukkan satu video di Youtube tentang cara menggunakan Plickers. Saya sangat seronok dan tidak sabar untuk menggunakannya kerana setelah menonton video tersebut ianya tersangatlah mudah dan senang untuk digunakan. Mesti korang tertanya-tanyakan apa itu Plickers πŸ’­ PLICKERS  merupakan aplikasi yang mudah dan senang digunakan. Guru yang mempunyai akses internet boleh membina soalan dan memaparkannya kepada murid. Murid akan menunjukkan jawapan mereka menggunakan kad plickers  Setiap kad adalah unik untuk setiap murid akan diimbas menggunakan telefon pintar. Logo Plickers Kad Plickers πŸ’¨CARA MENGGUNAKAN APLIKASI ADALAH SEPERTI BERIKUT: 1. Aplikasi plickers perlu di downloa d dari apps store. 2. Buka laman web Plickers dari laptop atau PC dan sign up. 3. Daftar kelas dan tetapkan nama pelajar bagi setiap nombor kad plickers. 2. Download dan cetak kad plickers. πŸ’¨KELEBIHAN PLICKERS

✍🏻 KELAS ONLINE LAGI

Image
Hai guys, kelasku pada minggu ini masih lagi secara atas talian dan kuliah pada hari itu adalah penerangan daripada Dr. Zam mengenai hasil tugasan dari setiap kumpulan berkaitan dengan 4 topik iaitu Flipped classroom, project based learning, problem based learning dan inquiry based learning. Dr. Zam telah compile kesemua tugasan setiap kumpulan dalam satu file pdf dan dari situ saya dapat melihat pelbagai maklumat dan slaid yang pelbagai jenis serta menarik berkaitan dengan tugasan. Antara contoh-contoh slaid yang dikongsikan oleh Dr adalah seperti berikut: Antara keempat-empat topik tersebut ialah saya lebih tertarik kepada Flipped Classroom kerana murid yang tidak dapat hadir ke sekolah juga dapat mengikuti pengajaran guru kerana pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan secara menggunakan perkongsian video dan sebagainya. Sekaligus, dapat menarik minat para pelajar untuk mempelajari sesuatu topik dengan mudah dan membantu peningkatan dan penguasaan murid terhadap teknologi serta m

✍🏻 ONLINE GROUP DISCUSSION

Image
Hai guys, kelas kali ini telah diadakan secara atas talian iaitu pembincangan sesama ahli kumpulan berdasarkan arahan yang diberikan oleh Dr. Zam.  Setiap kumpulan diminta untuk membuat pencarian mengenai 4 topik dan perlu dimasukkan ke dalam slaid yang telah disediakan oleh Dr. Zam dan pada akhir waktu slaid yang telah siap perlu dihantar kepada e-mail Dr, Zam sebagai tanda penghantaran tugasan pada hari itu. Kumpulan kami telah membahagikan satu topik kepada setiap seorang dan saya telah mendapat topik berkaitan dengan Project Based Learning (PBL). Kumpulan kami memilih untuk mencari maklumat dalam bahasa Inggeris kerana salah seorang daripada kumpulan kurang fasih dalam bahasa Melayu. Dsini saya sertakan beberapa hasil maklumat yang kami perolehi. Flipped Classroom is structured around the idea that lecture or direct instruction is not the best use of class time. Instead students encounter information before class, freeing class time for activities that involve higher order thinkin

✍🏻 SESI PEMBENTANGAN

Image
Hai guys, pada hari ini saya dan kawan-kawan tidak sabar untuk melakukan pembentangan dan melihat kumpulan lain membuat pembentangan. Aktiviti penilaian yang telah kami pilih adalah menggunakan Quizizz. Kelas pada hari itu sangat seronok kerana kebanyakan kumpulan turut menggunakan Quizizz dan juga Kahoot sebagai platform penilaian mereka dan saya telah memenangi salah satu subjek dalam pembentangan itu. Pelbagai subjek telah dibentang seperti sains, sejarah dan sebagainya, namun antara yang paling menarik minat saya adalah pembentangan dari kumpulan terakhir yang membuat subjek Pendidikan Jasmani tentang Bola Baling.   slaid pembentangan Quizizz sebagai platform penilaian Kumpulan kami adalah pembentang pertama πŸ˜„

✍🏻 AKTIVITI BERKUMPULAN

Image
Hai guys, setelah tamat Pengalaman Sekolah selama satu minggu, kelas PQ16004 telah diteruskan dengan penghasilan Rancangan Pengajaran Harian dalam kumpulan. Pada hari ini kami telah ditugaskan untuk membina satu aktiviti yang berdurasi 60 minit sahaja berdasarkan subjek yang dipilih dan perlu membuat pembentangan pada minggu seterusnya. Kumpulan saya terdiri daripada Nadhirah, Afiqah, Delsie dan Rouzline dan telah memilih subjek Pendidikan Islam yang bertajuk Sirah: Tokoh Sahabat Rasulullah SAW. Antara beberapa elemen yang telah kami tetapkan untuk dimasukkan ke dalam slaid pembentangan adalah seperti set induksi (5 minit), langkah pertama (10 minit), langkah kedua (10 minit), langkah ketiga (10 minit) dan yang terakhir langkah keempat atau penilaian berserta dengan penutup. Kami lebih memfokuskan langkah yang keempat kerana elemen ini merupakan paling utama ditekankan oleh Dr. Zam iaitu aktiviti Penilaian menggunakan teknologi. Kami semua amat teruja untuk melakukan pembentangan pada